Wednesday, March 24, 2010

Kamu Racist??/

terpanggil tuk aku berbicara mengenai racist.
aku pernah ternampak ada sekumpulan remaja meletakkan button anti racist di beg mereka, adakah mereka paham maksud anti rasict tu? tersenyum aku. ini kah satu trend atau pun mereka betul2 paham maksud button itu.

aku pernah dan sedang jadi mangsa racist oleh kaum majoriti. 28 tahun hidup aku terima dugaan ini sebagai part of daily life. kadang2 tertanya , tuhan lahirkan aku sebagai orang asli, kenapa orang pandang hina terhadap aku...bukan aku yang minta...tapi dihukum sama seperti orang yang melahirkan anak luar nikah atau menagih dadah.

dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, aku agak rendah diri...takut bermasyarakat. lucky i've few friends yang dari bangsa lain sudi berkawan ngan aku...till now.i'm blessed. impak yang paling teruk semasa aku di zaman uni....mase kat UITM.

aku pernah digelakkan oleh sekumpulan lelaki kerana aku pergi ke gig...ayat yg masih bermain2 di otak aku...gila la o.a(gelaran tuk orang asli) pun layan musik....wtf ko ingat aku ni kuno sgt ker. peristiwa yang kedua , ada dua org lelaki dalam bas uitm ... kejadian aku dlm bas tgh duduk then dorang berdua berdiri…kebetulan aku dgr walkman then lagu dah habis tiba2 aku terdengar ayat dari salah sorang laki tu bunyi macam ni….tu minah rambut kerinting tu o.a, aku dgr amik mass comm. Berangan nak jadi pengacara la tu. Pastu yg sorang pun cakap…ala dia masuk uitm ni sbb dorang kan ada kuota, bukan pun pandai pun. Apa perasan korang….aku mcm nak marah tapi pikirkan kalau aku melayan …aku pun takde otak macam dorang. Zaman uni pun ada orang racist mcm ni…tu antara pengalaman yang betul-betul buat aku kecik hati dan rasa rendah diri yang amat sangat. Tak pernah aku mengadu sebab aku rasa akan Tuhan balas.

So far aku akan berkawan ngan mana2 bangsa majority mahupun minority as long as they can accept me as human being. i never judge them based on their background, I never judge them by skin colour, by psychical or their language …. I only judge them by their attitude. That’s it.

Aku tak tahu kenapa manusia kena menjadi seperti ini, racist dan menghukum orang. Pada aku, majority atau minority sama saja. Aku tidak pernah bencikan orang Yahudi, sebab bukan semua mereka kejam, hanya segelintir mereka yang kurang kesedaran moral & sivik saja yang sanggup berperang dan membunuh. Tiada sebab aku nak benci seluruh org Yahudi. Tuhan juga yang lahirkan mereka di dunia, kenapa harus racist terhadap mereka. Mcm laa orang Malaysia tidak membunuh orang.

Sepanjang aku hidup hamper 28 tahun, aku dapati sebahagian daripada kaum majority yang masih mengamalkan sikap rasicm ini, mereka tidak dapat menerima hakikat yang kaum kami ini hidup bersama mereka. Yang sedih sekali bila mereka tidak pernah tahu wujud nya masyarakat orang asli di bandar. Mereka ingat masyarakat orang asli masih di hulu2 hutan, pakai cawat & makan hasil hutan. come on laa tu zaman bila…….

Aku agak terkilan bila aku ajak kawan2 ke rumah , dan ada masih bertanya halal ke tidak? Sudah pastinya aku akan hidangkan makanan yang halal…agak2 laa jiran aku semua melayu kot. Kalau tak halal , aku x jemput. Sampai macam tu sekali mentaliti dorang terhadap aku.

Tapi masih ramai boleh terima aku, mereka menjadi kawan-kawan baik aku, mereka belajar culture aku dan ada yang bangga kerana dapat berkawan ngan aku. Thanks a lot buddy. ada lagi satu cerita yang agak kelakar but yet sakitkan hati juga. Sepanjang hidup 28 tahun, aku pernah bercinta dengan 4 orang jejaka yang berlainan bangsa dengan aku dan ada juga arjuna2 yang lain datang singgah di hidup aku, antara ramai-ramai hanya 4 orang saja yang terima siapa aku. Yang lain, bila aku cuba berterus terang, they didn’t reply sms, return my call or delete me in their friendster,myspace or FB’s account. Macam tu sekalikan. Funny. But til now, I dunno how far acceptance them towards me, ada yang malu nak kenalkan aku kat kawan-lawan dorang, ada yang konon-kononnya okey je tapi masih ragu-ragu. Persetankan mereka.

Setakat ini, aku masih berkawan dengan semua bangsa, melayu ke, india ke, cina ke, sabahan ke, sarawakian ke, singh ke, jawa ke, minang ke…bukan tujuan nak riak tapi aku tidak pernah nak judge them by race sebab aku pernah dan masih jadi mangsa racism. Masih ada rasa lose confidence, self esteem down and demoralized bila berada di khalayak ramai.

Kepada mereka-mereka yang masih ada perasaan racist di dalam hati, cuba-cuba pikir jika anda mangsa…macam mana??? Dun judge people by it’s race judge them by their heart. Maaf jika terasa, tapi jangan laungkan 1Malaysia kalau anda masih racist, jangan laungkan anti racist jika kamu masih lagi malu nak mengaku kawan kamu bukan melayu.

Saturday, March 13, 2010

the most person i missed the most Fahmi Radzi




dah lama aku janji nak tulis simple note tuk dia.maybe terlalu hanyut ke alam duniawi.aku lupa dia sekejap.

fahmi radzi my bestest fren ever.wer do i start....i met him during uni years...and we never talk.after 5 years...faith bring us together...we became more closer when we start sharing common things together....passion towards music and other wacko things. i'm glad when he willing & able came down from Kelantan just to have a long chit chat with me...i'm touched.

as a good fren we share secrets together.he taught me to be more reasonable, mature, cooler and happier. Mamak Annexe @ Central Market will be our official place.To many stories to tell in 2 hours time.our 1st vacay to Kuching, full of excitement.now i remember that the last thing we done together.

knowing him, the among most precious things happen in my live... no kidding. he's my strength and my weakness, he's make me smile when i'm really2 sad, he always giving honest opinion (that i miss the most), never comfort me but always be there for me.

i regret,sad and depressed. i text him 3-4 times / day ...showing i'll always there for him...he's in hospital rite now. i know he can't reply but at least he can read & smile.buddy i really2 miss u so much....i can't live without u....i'm losing my soulmate....sooner or later ....pls GOD , i wanna to see him for the last time before anything beyond my imagination happen.praying hard.....darlim, cepat2 la sembuh, leh lepak sama2 ...kutuk2 org, g konsert sama2, naik brandon n buat banyak2 benda sama....RINDU kat KO sgt2

p/s cikgu fahmi betul tak grammar saya :P

DIA

dia muncul tiba2
sampaikan berita gembira
buat dia bukan untuk aku
tp aku tahu
dia tak sanggup
nak beritahu
aku terima berita itu suam-suam kuku ini
la aku cakap i'm happy for u
sebelum dia berlalu
pergi jauh
aku pesan elok2 awak tu darah manis
(dlm hati agak sedih)



kenapa aku sedih
kenangkan apa yg aku lalui selama ini
terlalu lama aku tunggu
benda yang x pasti

tadi leh ckp
tgu awak lama sgt...asik reject
aku bercakap di dalam hati
bila masa aku reject
tapi aku malas nak bertekak
dia dah nak kawin
ESOK
senyap
the best way

aku sentiasa mengalah
demi kebahagiaan org lain
ex aku ckp aku ni baik sgt
mungkin sbb aku x mampu
bahagiakan org

aku berlagak
slumber
jadi riak muka aku
biasa

tapi hati aku hancur gile


after all things happen
i surrender
towards love

ntahlaa....

ini suprise gift from him to me....thanks alot
i deserve it...


kali ni i'll choose this song...
enjoy

http://www.youtube.com/watch?v=2JZjBnh-DZ4
sore - pergi tanpa pesan


gudnite :)

Sunday, February 14, 2010

gonna miss my granny so much


hari ni 15hb Feb, genap 15 hari aja(gelaran tuk nenek dlm bahasa semai) tinggalkan kami. masih ada perasaan sedih selubungi kami especially me. betul ckp ina, kami tak rapat ngan aja tetapi sejak amek bawak aja tinggal ngan kami di KL, kami jadi rapat. aku selalu ketip kuku aja, mandikan aja, pakaikan bedak banyak2 kat aja, pakaikan baju kat aja, makan sama2, sikat rambut putihnya yang panjang...gosh i miss her so much.

lucky aku sempat balik jaga dia beberapa hari sebelum dia meninggal dunia. nuthing much jus duduk sebelah dia n urut2 badan dia. bagi dia minum air sebab cuaca mase tu sgt panas. kadang2 terdengar dia bersuara adoi...adoi... sakit & seksanya dia. aku selalu berdoa agar Tuhan ambil lah nyawanya secepat yang mungkin, seksa tengok dia mcm ni. aku bukan nak bersifat kejam, tapi dari tengok dia seksa mcm tu , aku relakan dia pergi. bila aku ngadu ngan mas joko, dia ckp " r u ready to let her go?" aku jawab " dr dia seksa macam ni, better for her to go, ready ke tak , have too" aku balas. sebenarnya aku x ready langsung. aku sedih.


perasaannya x sama mase atok (belah apak) meninggal, mase tu aku kecik lagi. darjah berapa. aku selalu cakap ngan diri sendiri, mcm mana keadaannya kalau org yg kita sayang pergi tinggalkan kita selama2nya, now i knew the feeling. aku tak cukup kuat nak tempuh semua ni.


pada mula planning nak balik ahad, sbb ina ada kerja...tp ahad tu sepanjang hari aja demam, badan panas, kami extend sehari lagi duk kampung. tengahari 1hb tu, kami planned nak balik awal, lepas lunch balik laa, then kami macam malas je nak siap2 so dragged smpai kul 4 ptg. mase balik, aku salam semua org then aja, aku cium tangan dia puas2, pesan kat dia suh minum air banyak2 sbb panas ( sejak dia sakit tenat, dia x mkn & minum),last sekali aku minta maaf ngan aja then janji nak balik sabtu ngan yg lain tuk jenguk aja. sejuk tangan aja, dia xnak lepaskan aku. kuat tangan aja pegang aku.airmata aku jatuh sekali lagi. kali ni aku x leh sorok dah.sedih nak tinggalkan aja.


rupa2nya , tu la kali terakhir aja dpt lihat muka aku. sepanjang aku drive dr kampar ke KL, an bgtau nak singgah Tanjung Malim , lepak minum petang, kami smpai dlm 5 lbh, order mee hun goreng basah tapi tak sedap. dok smpai 630 kat kedai pau yang famous tu, Yik Mun kot. then gerak balik KL, baru sepuluh minit drive, an call ina bagtau aja dah meninggal. bila ina bgtau pasal tu, aku terus berhenti tepi jalan then nangis. menggeletar badan aku. mar suh aku calm down, sbb nak drive balik kampung. aku call cheng x dpt, so aku txt dia bgtau nak extend cuti sbb nak uruskan pasal aja. then aku mas joko bgtau, aku x dpt nak hantar pau yg dia kirim, aku kena patah balik sebab aja dah meninggal.


sepanjang perjalanan dr Tanjung Malim ke Kampar, aku cuba tenangkan diri. akhirnya smpai gak kampung. ramai gak dah ada kat umah aja, sedara mara aja. ada yg dah start masak2, adat kami, kalau ada org datang umah kena jamu makanan & minuman...so kami cucu2 yang ada, lupa sekejap sedih sbb kena tolong apa2 yang patut...sediakan makanan & minuman.


esok pagi ramai dah kat umah aja. pagi tu aku masih lum leh nangis lagi. mayb sbb letih. cucu terakhir yg sampai kg , abg2 aku ejen & eman. suppose dorang balik ngan cousin aku yg keje kat sabah tu tp flight dia delay so dorang balik terus laa, 14 org cucu aja ada, kecuali cousin aku yg sabah tgh tgu flight.


dalam pukul 11 , mase nak kebumikan nenek aku, kami tak leh tahan sedih...the one & only nenek kami dah pergi tinggalkan kami selama-lamanya. bila acara pengebumian tu, eman wat video conference ngan cousin aku Bah Kalo , sbb dia x sempat tgk aja so dia tgk dr hp dia je. dlm pukul 1, semua dah selamat , amek masih menangis & kami masih tak boleh menerima hakikat yang aja dah takde.


rupanya janji aku nak balik sabtu tuk jenguk aja, tuk selesaikan hal2 kebumi aja & upacara genap 7 hari. ujung bulan ni, ada kenduri kat kampung ...kali pertama raya xde aja, x tahu mcm mana rasa dia, tp kami akan jenguk aja :)


may aja rest in peace....love u so much



Sunday, December 20, 2009

HKL- antara kerja & fobia

bila aku dpt tahu aku dpt HKL, mula2 aku suka sbb dekat ngan umah. senyum smpai ke telinga seronok bukan main. seronok sbb dekat ngan umah, xyah bangun awal2 nak g keje and no more toll. best2. smpaikan aku lupa aku sebenarnya aku fobia ngan hospital.
hari pertama aku di HKL, mase cr parking, aku nmpk ambulans menuju ke ruang kecemasan...damnnnnn aku br teringat aku sebenarnya fobia akan ambulans. lagi2 kalau ada kes2 kecemasan....hai ni hari ke 21 aku kat HKL, masih x boleh nak sesuaikan diri dlm keadaan wad kecemasan serta kes2 kecemasan yang aku x mampu nak tgk. tu laa fobia aku, tak boleh tgk org2 dlm kesakitan yg parah ....tapi aku x takut darah. fobia aku makin menjadi2 sbb setiap kali aku lalu ruang kecemasan pasti ada kes2 yg mengerikan aku. seram sejuk. aku jadi panik.
mula laa mengelupur sorang2. nak g mkn pun susah. setiap kali aku dgr bunyi ambulans aku berdebar2, padahal aku x nmpk je...ramai org ckp mayb aku punya mind setting je...takut bunyi ambulans ..... biarlaa org nak ckp...aku mmg fobia ngan ambulans & kecemasan.
mcm mana pun aku kena hadapi gak fobia aku ni selagi aku keje ngan HKL. kena cool & jauhkan diri dr ruang kecemasan...harap2 fobia aku leh berkurangan....
p/s : x ramai yg tahu aku takut akan bunyi ambulans & ruang kecemasan....

Tuesday, December 15, 2009

hari ni 16 dec 2009, so far apa yg aku hajat sejak bufday aku yg ke 27 tercapai ker tak? mari kita tgk...hehehhe

Senarai hajat Cik Mish tuk tahun 2009
1.mempunyai pekerjaan yang stabil - yes finally aku dpt pekerjaan yg sesuai ngan kelayakkan aku...cewah2...gaji pun sekali ganda dr gaji lama....so sgt STABIL

2.memiliki kereta tanpa menggunakan duit ayah & mak ( sudah ada , tapi pinjam duit adik beradik tuk tempahan...nanti aku bayar balik okey) dan menamakan kereta aku Mr.Brandon - now me & mr.brandon dh 9 bulan bersama2. kecacatan kecil je setakat ni tp cover rim satu dah ilang.

3.membayar PTPTN dengan kadar yang mampu :P - hahaha yg ni lum tercapai...sbb fulus x cukup tiap2 bulan..mayb gaji pertama aku ni nnt aku leh start bayar.

4.luangkan lebih masa bersama keluarga, kawan – kawan dan orang yang selesa dengan aku - yes...aku berjaya walaupun ada yg masih dlm waiting list lg..sabar jer...duit x mengizinkan.

5.banyakkan membaca dan membeli buku (BORDERS the curve lebih tepat ehem ehem :)), semakin ketagih kepada pembacaan buku ...- yes this year ada dlm 6 buku aku baca...purata 1 buku dua bulan laa...xpe next year mayb leh byk lg kot

6.mulakan menabung semula setelah sekian lama x menabung...untuk masa depan......(dalam otak aku dah ada mcm2 nak beli nie :D)- hehehe lum sempat lagi....so carry forward to next year

7.kurangkan berjanji dengan semua orang....untuk kebaikan diri sendiri - hahahah...ntahlaa sekarang byk benda yg aku janji kat diri sendiri yg x tunaikan...org lain...kalau ada bgtau yerk

8.bercuti - pulau redang sungguh tenang & satu lagi percutian bersama BFF...tak sabar -yes we made it, trip to kuching sgt2 best and hope ada lagi this year.

9.kurangkan marah....terutama ketika memandu & ada masalah - susah ni tp sedang diusahakan..

10.banyakkan senaman...futsal, jogging, senamrobik, berjalan etc - hahaha yes..sedang diusahakan..demi PAC exam nnt....

11.kurangkan mengeluh, banyakkan kerja – kerja berfaedah - tgk dvd tu keje faedah tak???

12.jangan jadi sangat pemalas lebih-lebih lagi kalau masa xde mood...alasan yang x sihat (hahahaha) - sekarang even malas pun kena wat gak

13.belajar ilmu fotografi - camera fav hilang, ganti camera baru...skill lum develop kumpul duit nak cr dlsr ...slow2

14.jaga kesihatan diri, keluarga & kucing2 aku - kucing ada 2 ekor je...aku bg mkn ikan dorang mkn skit je...dok ngorat je keje.....family aku so far semua sihat....diri sendiri...makin bertambah sihat

15.turunkan berat badan kepada berat ideal supaya muat semula baju – baju & seluar – seluar kerja.- musnah hidup aku...i'm gaining my weight more than 10kgs....so kena turunkan gak...

16.aktifkan diri dalam bidang menulis blog...tapi bukan pasal politik ...pasal kehidupan seharian.- hahahahah kena rajin menaip.... :)

rumusannya 80% dh tercapai....so tgh wat list for next year plus yg x tercapai this year kena carry forward next year... harap2 by mid year dh leh wat half of the wishes...

signing off

mish more
1248 pm
unit penjawatan
HKL

Thursday, December 3, 2009

aku terharu

http://sapaadalighter.blogspot.com

dia tulis pasal aku....

thanks mate...

take care