Wednesday, September 23, 2009

i miss her.rest in peace yasmin.

hari ni 23 september, genap 2 bulan dia meninggalkan kita semua. aku antara beribu2 peminat hasil karyanya masih terasa kehilangan. mana kan tidak, setiap kali merdeka, hari raya , deepavali, gong xi fa cai atau tahun baru...aku akan tertunggu2 hasil karya yasmin. tidak puas ngan hasil kerja iklannya, malah semua hasil karya filemnya turut menjadi sebahagian dalam koleksi cd aku.

apa bagusnya yasmin ahmad? kata seorang rakan... aku senyum. soalan tu terlalu klise tuk diajukan kepada yasmin ahmad. aku senyum sambil menjawab bagus dia kerna awards yang dia dapat bukan sebab awards glamer atau paling popular. anugerah yang diterimanya berdasarkan hasil titik peluhnya. aku suka citer dia, touching, sempoi...dialog bersahaja. bagi aku dia cukup bagus dalam menghasilkan filem2 & iklan2 yang membuat org beremosi.

idola aku. aku mengaku, yasmin idola aku semasa aku sedang belajar kat uitm dulu...maklumla aku amik advertising. tapi disebabkan aku ni bukan jenis stand out dan senang bersetuju dalam bekerja dalam berkumpulan, aku jadi tak kreatif.hahahaha. aku mengaku, aku memang nak jadi macam dia. tp sekarang terlambat. kerja aku tak sangkut paut pun ngan advertising. papepun yasmin idola aku.

rileks dan sempoi. tu la yasmin. orang kutuk filem dia bertubi-tubi dia senyum. orang cakap dia cuba mengajar budak2 bercinta semasa filem mukhsin...tapi tu hakikat sebenarnya...budak2 ada perasaan cinta. dia masih mampu tersenyum. aku harap aku leh jadi se-cool dia. cuma kadang2 dia agak rebel sedikit bagi menghasilkan yang terbaik dalam hasil nukilannya. tapi rebelnya bertempat.aku suka rebel yang spesis dia ni.

filem2 & iklan2 yasmin. berjiwa satu malaysia. dari dulu lagi dia cuba sampai, ada yang nampak, ada yang masih tidak nampak. cerita melayu, lagu tema klasik dari album penyanyi cina. menarik. macam mana pun fasihnya amani berbahasa inggeris, baju kurung tetap dipakainya. yasmin juga suka baju kebaya putih. yasmin mengajar saya pentingnya erti kasih sayang sesebuah keluarga, harga kejujuran...toleransi...yasmin yang sebabkan aku minat kepada lakonan amani.sayangnya muallaf tak dapat ditayangkan di malaysia. satu2nya karya yasmin aku belum sempat nikmati.


aku tahu masih ada lagi rakan2 aku tidak meminati yasmin, aku tak salahkan mereka...sama gak macam michael jackson (aku tak minat dia) dorang pun tak leh salahkan aku. aku takkan menulis mengenai fakta atau biografi dia, aku menulis tuk melepaskan rindu akan hasil karyanya dan rindu akan seorang berjiwa besar ...yasmin ahmad.me miss u.me love u...r.i.p