Wednesday, March 24, 2010

Kamu Racist??/

terpanggil tuk aku berbicara mengenai racist.
aku pernah ternampak ada sekumpulan remaja meletakkan button anti racist di beg mereka, adakah mereka paham maksud anti rasict tu? tersenyum aku. ini kah satu trend atau pun mereka betul2 paham maksud button itu.

aku pernah dan sedang jadi mangsa racist oleh kaum majoriti. 28 tahun hidup aku terima dugaan ini sebagai part of daily life. kadang2 tertanya , tuhan lahirkan aku sebagai orang asli, kenapa orang pandang hina terhadap aku...bukan aku yang minta...tapi dihukum sama seperti orang yang melahirkan anak luar nikah atau menagih dadah.

dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, aku agak rendah diri...takut bermasyarakat. lucky i've few friends yang dari bangsa lain sudi berkawan ngan aku...till now.i'm blessed. impak yang paling teruk semasa aku di zaman uni....mase kat UITM.

aku pernah digelakkan oleh sekumpulan lelaki kerana aku pergi ke gig...ayat yg masih bermain2 di otak aku...gila la o.a(gelaran tuk orang asli) pun layan musik....wtf ko ingat aku ni kuno sgt ker. peristiwa yang kedua , ada dua org lelaki dalam bas uitm ... kejadian aku dlm bas tgh duduk then dorang berdua berdiri…kebetulan aku dgr walkman then lagu dah habis tiba2 aku terdengar ayat dari salah sorang laki tu bunyi macam ni….tu minah rambut kerinting tu o.a, aku dgr amik mass comm. Berangan nak jadi pengacara la tu. Pastu yg sorang pun cakap…ala dia masuk uitm ni sbb dorang kan ada kuota, bukan pun pandai pun. Apa perasan korang….aku mcm nak marah tapi pikirkan kalau aku melayan …aku pun takde otak macam dorang. Zaman uni pun ada orang racist mcm ni…tu antara pengalaman yang betul-betul buat aku kecik hati dan rasa rendah diri yang amat sangat. Tak pernah aku mengadu sebab aku rasa akan Tuhan balas.

So far aku akan berkawan ngan mana2 bangsa majority mahupun minority as long as they can accept me as human being. i never judge them based on their background, I never judge them by skin colour, by psychical or their language …. I only judge them by their attitude. That’s it.

Aku tak tahu kenapa manusia kena menjadi seperti ini, racist dan menghukum orang. Pada aku, majority atau minority sama saja. Aku tidak pernah bencikan orang Yahudi, sebab bukan semua mereka kejam, hanya segelintir mereka yang kurang kesedaran moral & sivik saja yang sanggup berperang dan membunuh. Tiada sebab aku nak benci seluruh org Yahudi. Tuhan juga yang lahirkan mereka di dunia, kenapa harus racist terhadap mereka. Mcm laa orang Malaysia tidak membunuh orang.

Sepanjang aku hidup hamper 28 tahun, aku dapati sebahagian daripada kaum majority yang masih mengamalkan sikap rasicm ini, mereka tidak dapat menerima hakikat yang kaum kami ini hidup bersama mereka. Yang sedih sekali bila mereka tidak pernah tahu wujud nya masyarakat orang asli di bandar. Mereka ingat masyarakat orang asli masih di hulu2 hutan, pakai cawat & makan hasil hutan. come on laa tu zaman bila…….

Aku agak terkilan bila aku ajak kawan2 ke rumah , dan ada masih bertanya halal ke tidak? Sudah pastinya aku akan hidangkan makanan yang halal…agak2 laa jiran aku semua melayu kot. Kalau tak halal , aku x jemput. Sampai macam tu sekali mentaliti dorang terhadap aku.

Tapi masih ramai boleh terima aku, mereka menjadi kawan-kawan baik aku, mereka belajar culture aku dan ada yang bangga kerana dapat berkawan ngan aku. Thanks a lot buddy. ada lagi satu cerita yang agak kelakar but yet sakitkan hati juga. Sepanjang hidup 28 tahun, aku pernah bercinta dengan 4 orang jejaka yang berlainan bangsa dengan aku dan ada juga arjuna2 yang lain datang singgah di hidup aku, antara ramai-ramai hanya 4 orang saja yang terima siapa aku. Yang lain, bila aku cuba berterus terang, they didn’t reply sms, return my call or delete me in their friendster,myspace or FB’s account. Macam tu sekalikan. Funny. But til now, I dunno how far acceptance them towards me, ada yang malu nak kenalkan aku kat kawan-lawan dorang, ada yang konon-kononnya okey je tapi masih ragu-ragu. Persetankan mereka.

Setakat ini, aku masih berkawan dengan semua bangsa, melayu ke, india ke, cina ke, sabahan ke, sarawakian ke, singh ke, jawa ke, minang ke…bukan tujuan nak riak tapi aku tidak pernah nak judge them by race sebab aku pernah dan masih jadi mangsa racism. Masih ada rasa lose confidence, self esteem down and demoralized bila berada di khalayak ramai.

Kepada mereka-mereka yang masih ada perasaan racist di dalam hati, cuba-cuba pikir jika anda mangsa…macam mana??? Dun judge people by it’s race judge them by their heart. Maaf jika terasa, tapi jangan laungkan 1Malaysia kalau anda masih racist, jangan laungkan anti racist jika kamu masih lagi malu nak mengaku kawan kamu bukan melayu.

1 comment:

Norhadar Taharuddin said...

.:: Mirsha Rijin, first time kenal & jumpa ko masa 1 dorm kat K4... Eh tak... Aku rasa sama-sama dalam bilik sementara dengan Zara, Salmi & Mirsha... Kalo aku tak lupa la... Sampai la duk menyewa sesama kat sek 2... So far Alhamdulillah, she is the best person I've ever know... NO OFFENSE!!! Don't worry Echa, ramai best fren ko sokong ko... Apa pun, aku dok teringat soto & kuih dalam buluh tu... Sodaaaaappppppp!!! ::.