Aku macam tak percaya yang aku dah masuk 27 tahun. Ermm... 27 tahun hidup di dunia tapi masih terlalu mentah untuk mengerti kehidupan. Kalau sebuah rumah / kereta berusia 27 tahun, kita akan rasa terlalu lama atau usang. Tapi bagi kehidupan manusia, 27 ...muda lagi. Entahlah bagi aku, aku lum bersedia memikul watak wanita berusia 27 tahun dalam erti kata tak matang.
Sempena aku dah berumur 27 nim, aku ada senaraikan senarai hajat aku untuk tahun ni...bagi mengukur apa yang aku dah capai , mana yang masih kabur – kabur dan mana yang takkan aku capai langsung... memudahkan diri sendiri...senarai hajat aku tidak la teruk sangat, benda yang semua orang mampu buat. Agak – agak aku mampu buat atau tidak..... mari kita baca dan gelak beramai – ramai.
Senarai hajat Cik Mish tuk tahun 2009
1.mempunyai pekerjaan yang stabil ( sekarang agak stabil tapi x $$$$$ je yang belum stabil)
2.memiliki kereta tanpa menggunakan duit ayah & mak ( sudah ada , tapi pinjam duit adik beradik tuk tempahan...nanti aku bayar balik okey) dan menamakan kereta aku Mr.Brandon
3.membayar PTPTN dengan kadar yang mampu :P
4.luangkan lebih masa bersama keluarga, kawan – kawan dan orang yang selesa dengan aku.
5banyakkan membaca dan membeli buku (BORDERS the curve lebih tepat ehem ehem :)), semakin ketagih kepada pembacaan buku ...
6.mulakan menabung semula setelah sekian lama x menabung...untuk masa depan......(dalam otak aku dah ada mcm2 nak beli nie :D)
7.kurangkan berjanji dengan semua orang....untuk kebaikan diri sendiri
8.bercuti - pulau redang sungguh tenang & satu lagi percutian bersama BFF...tak sabar
9.kurangkan marah....terutama ketika memandu & ada masalah
10.banyakkan senaman...futsal, jogging, senamrobik, berjalan etc
11.kurangkan mengeluh, banyakkan kerja – kerja berfaedah
12.jangan jadi sangat pemalas lebih-lebih lagi kalau masa xde mood...alasan yang x sihat (hahahaha)
13.belajar ilmu fotografi....
14.jaga kesihatan diri, keluarga & kucing2 aku
15.turunkan berat badan kepada berat ideal supaya muat semula baju – baju & seluar – seluar kerja.
16.aktifkan diri dalam bidang menulis blog...tapi bukan pasal politik ...pasal kehidupan seharian.
Kalau nak senaraikan memang la banyak, tapi setakat ni nie je yang aku rasa aku boleh buat...tapi tengoklaa macam mana...berjaya atau tidak...itu kita kena tunggu.
Tuesday, April 21, 2009
Wednesday, January 21, 2009
Mogwai Live in KL ...percubaan berani aku ...
semalam aku pergi tengok konsert Mogwai kat Turborg Hall KLCC Conventtion Centre. ini adalah percubaan berani aku. aku pada mulanye macam ada rasa ragu-ragu nak pergi tengok Mogwai nie. bila rene & fahmi racun aku tu saksikan sendiri kehebatan Mogwai secara live...aku secara automatik bersetuju. dengan pengenalan & pendedahan yang minimal terhadap Mogwai, Fahmi cakap musik dorang mcm kumpulan Deepset sikit2. aku pun buka youtube...satu2nye sumber rujukan aku tentang musik Mogwai. ternyata aku boleh layan musik seperti ini.bila fahmi ajak aku pergi tengok Mogwai....aku bersetuju dengan harapan aku akan tak akan menyesal dikemudian hari. hahahaha (aku selalunye akan pergi gig/konsert kumpulan yang aku kenal jer). 4 hari sebelum konsert , aku g beli. ternyata aku mengalami proses "kepelikkan" dalam hidup aku. semalam, aku siap amik 1/2 day sebab aku rasa nanti aku lambat, bukan sebab teruja nak tengok Mogwai, tapi kalau aku keje semestinya aku aku kena keje lebih masa...nak2 semalam hujan pastu jam la per la....baik aku elakkan semua tu. jam menunjukkan pukul 8 lebih, aku ngan fahmi berjalan (fahmi yg OKU tu jalan slow) menuju ke destinasi Mogwai...dalam hati aku betul ker aku leh layan Mogwai nie? Layan je laa...alang2 dah ada kat sini... ramai sungguh manusia kat sini.. separuh dari Turbog Hall tu di penuhi anak2 muda yang berskinny fit dan berbaju kotak2... aku berpakaian pejabat...belasah je masuk dan cuba sesuatu yang baru....mempertaruhkan RM 150.00, aku cuba menghargai musik Mogwai...ternyata...ianya berbaloi...perasaan nye seperti diawang-awangan...melayang...layan seperti bermimpi yang indah sambil menutup mata...tapi tiada unsur2 high dadah or mabuk akibat minuman keras yang dijual di dalam Turborg Hall yang mengakibatkan aku jadi macam tu...melayang mood musik Mogwai....ramai jugak muka2 yang aku kenal ada dlm tu.....mcm bro bob pilgrims yang datang bersama telinganya bersumbat katanya telinga dah tua..hehehe...drummer estranged (andy kot nama dia) :), amir & edwin (TWKUA), LMB kecuali sharul...Ham (SCT) .. ada jugak kelibat Rina senior aku dalam tu dan junior sekolah aku Anis...hehehehe tp aku tak tegur pun dorang sbb aku segan (kot) hahaha...sebelum masuk aku ngan fahmi terserempak boboi kat cold storage KLCC...ada ke boboi cakap aku ngan fahmi ada pape ke tak? mereng tul boboi nie..." apa kurangnye dia"? tanya boboi pada aku sambil tunjuk kat fahmi...." dia...." aku jawab sambil sengeh... " selalu nmpk korang sama2" tanya boboi..ntah kenapa aku ngan fahmi malas nak layan pertanyaan boboi dan berkata" jumpa kat Mogwai laa ok" lalu kami jalan mencari minuman ..... dalam hati aku...boboi nie senget ker per..hahahaha... moralnya...buat bodoh sudah...hahahasecara keseluruhannya persembahan Mogwai cukup bertenaga walaupun mereka hanya bercakap "Thank You" sepanjang persembahan...dengan iringan lampu2 dan bunyi yang bagus. tahniah kepada penganjur Soundscape kerana berani membawa Mogwai datang ke Malaysia, walaupun berisiko yang tinggi. Tempat yang strategik. 90 minit yang berisi dengan irama yang baru buat aku...aku puas...aku balik dengan perasaan diawang-awangan...jam menunjukkan pukul 1030 mlm...aku ckp ngan fahmi...aku balik dulu laa..nak kejar tren LRT...nnt sms la aku kalau nak lepak sok...(hari ni la) ....dlm tren aku telepon ayah aku suruh jemput stesen terminal putra sambil berkhayal seketika. dalam hati aku terdetik....inin satu percubaan berani aku yang pertama dlm tahun 2009. risiko RM 150.00 & deria telinga aku. ternyata berbaloi. puas hati.
Friday, November 14, 2008
APAK

banyak gelaran ynag diberikan kepada seorang lelaki bergelar ayah. daddy, papa, babah, ayah, dad dan macam - macam lagi yang aku sendiri kurang tahu. dalam keturunan aku, seorang ayah kami gelarkan APAK. apak aku dilahirkan di Batu Gajah,Perak. tahun nie genap laa umurnya 65 tahun. masih sihat, segak dan gagah lagi tuk melayan karenah anak - anaknya.
apak anak sulung dalam 3 orang adik beradik. detik pertemuan dengan amek (emak aku) semasa sama - sama kursus di Hospital JHEOA. betul orang kata, manusia dipasang-pasangkan dengan pasangan yang berlainan / bertentangan karakternya, termasuklah apak dan amek. apak seorang yang tenang dan senyap, amek pulak seorang yang suka membebel dan banyak cakap.
kenapa aku bercerita mengenai apak aku, sebab aku cukup hormat apak aku diatas apa yang dilakukakan selama ini kepada amek dan kami lima beradik. jadi blog aku yang pertama, aku tuliskan pasal apak aku.
apa yang aku suka pasal apak?
lebih dari sepuluh kali aku memberitahu kat kawan-kawan aku yang aku nak sangat berkawin dengan lelaki yang memiliki ciri -ciri yang sama dengan apak. hahahaha...
1. apak tak cerewet pasal makan dan minum. aku ni bukan seorang perempuan yang pandai masak air nescafe atau kopi dan setiap kali giliran aku kena masak air minum petang, pastinya abang - abang aku akan bising sebab air yang aku buat tak sedap. malas aku nak amik kisah, selagi apak minum abis atau tak bangun dari kerusi tuk tambahkan susu @ gula sendiri, selagi tu aku buat pekak je dengan kutukan abang aku. aku tengok dia minum je air tu, aku senyum sinis kat abang aku lalu aku cakap, apak minum abis jer. :). dalam rumah, aku selalu ditugaskan untuk masak pada hari ahad untuk makan tengahari (malam pun kena gak) jadi kalau aku masak, apak laa yang akan jadi tukang rasa masakan aku. dia hanya bagitau kalau ada bahan yang terkurang dalam masakan aku. yang tak cerewet nya apak ni, masak apa pun dia makan, beza ngan amek aku. kalau takde lauk yang menarik, ikan masin, sambal dan telur goreng pun apak makan sampai tambah 2 kali. aku memang tabik "spring" ngan apak. apak suka banget dengan cokelat macam kami adik beradik, terutama aiskrim dan CADBURY.
2. apak tak pernah cakap tak boleh. kami adik beradik terutamanya yang perempuan terlalu mengharapkan apak untuk bergerak kemana- mana, dan apak tak pernah cakap tak boleh hantar atau jemput kami. kemana saja pun destinasi kami, apak akan cakap OK dan tunggu sampai dia datang. tak kira la siang ke malam ke, walaupun dia tengah tidur...apak akan cakap OK dan tunggu sampai dia datang. Kadang - kadang tu tak sampai hati pulak nak kejutkan tidur tapi terpaksa. dia pernah cakap, kalau bus rapid KL takde jangan memandai naik teksi, telefon dia , nanti dia jemput. manja sangat kiteorang nie kan?
3. apak seorang yang "supporting". apak cepat mesra dengan kawan - kawan kami. boleh berborak macam - macam benda dengan dia. maklumla orang tua, tahu macam mana nak 'tackle' hati orang muda nie. apak layankan sahaja topik - topik yang diborakkan oleh kawan - kawan kami. apak jugak tak pernah kongkong cara kiteorang berpakaian, setakat nie dia hanya merungut dengan kuantiti kasut tumit tinggi adik aku yang melebihi 12 pasang dalam jangaka masa setahun dia berkerja. abang - abang aku berambut panjang, dia biarkan saja. ada juga dia suruh potong tapi bukan dalam nada marah, cuma menegur sahaja. kalau aku dengan adik aku nak keluar hujung minggu semasa zaman sekolah dulu, kami mintak kebenaran dari apak dahulu. kami tahu kalau cakap ngan amek , memang tak akan lepas. apak akan benarkan tapi jangan balik lambat , nanti amek bising. sampai la sekarang, kalau aku balik lambat, aku akan telefon apak bagitau balik lambat, dia hanya cakap OK. jadi pandai - pandai la kan jangan la balik lambat sangat. kalau aku balik dia dah tidur, maknanya aku tak lambat, tapi kalau aku balik di belum tidur, maka aku sudah lambat. walaupun macam tu dia tak marah, cuma tanya sapa yang hantar balik dan suruh aku pastikan semua pagar & pintu berkunci. apak tak pernah marah. moralnya apak jarang marah kalau benda tu boleh ditegur, kalau amek jahanam telinga aku. tegur ker marah ker sama je nada dia...'high pitch'.
4. apak suka memancing. ini hobi apak dan amek. kalau dorang free ini la aktiviti utama mereka, memancing. tak kira la lombong ker, tasik ker, sungai ker , lubuk ker, asalkan dia dapat memancing. kadang - kadang aku suka ikut, sebab aku boleh uji tahap kesabaran aku (konon), tapi apak relaks jer kalau tak dapat ikan, dia balik senyum je (jarang laa tak dapat ikan). aku suka tengok apak termenung masa memancing, apa lah yang dia fikirkan , dengan pakaian khas dia berwarna biru dan bertopi, apak tak pernah mengeluh kalau umpannya sudah dimakan ikan atau ikan terlepas. kadang - kadang kami rasa apak ngan amek 'dating' masa memancing la.hehehehehe
aku rasa kalau aku tulis pasal apak, mesti berjela - jela. tapi yang sempat aku tulis ni, antara kegemaran aku pasal apak. masa aku tulis pasal apak nie, apak kat kampung, rindu ngan apak ngan amek ler... :(, sebak pun ada......terfikir kalau apak dah takde satu hari nanti, blog ini la akan kenangan aku dengan apak.
"i'll be better when i'm older, i'll be the greatest fan in ur life"
apak love u! muaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh
xoxo
echa
INTRO

Hai
Aku Mirsha. Kawan2 rapat aku panggil aku Echa , tu dulu masa zaman sekolah2 dulu.Sekarang nie orang mula panggil aku Mish. Aku asal dari daerah yang bersempadan dengan Kuala Lumpur, iaitu Gombak. Tapi kawan-kwan sekolah aku suka letakkan dalam Friendster, Myspace & Facebook yang mereka dari Republic Of Gombak, termasuk la aku.
Zodiak aku Aries. Aku bukannya mahir mengenai zodiak, tapi ironinya aku suka baca horoskop tiap -tiap hari dalam suratkhabar mahupun majalah. Pada hakikatnya aku bukan lah percaya dengan horoskop ni tetapi sudah menjadi kebiasaan aku. Akhirnya aku tersenyum sendiri apabila horoskop aku tu agak kelakar, terutamanya mengenai jodoh.
Aku kurang pasti dengan tujuan asal aku mengenai mempunyai BLOG sendiri, tetapi bila aku rasa aku perlu menulis sesuatu, aku harus wujudkan satu ruang yang khas untuk diri aku menulis dan membebel atau melepaskan emosi aku...iaitu BLOG laa jawapan dia. Betul tak?
Kawan baik aku beriya-iya suruh aku menulis, aku pun kurang pasti kenapa dia beriya - iya sangat suruh aku menulis BLOG. Setelah aku fikir - fikir dalam pejalanan pulang dari pejabat, sewaktu aku bermain futsal, sewaktu aku berbaring layan DVD , aku rasa aku nie suka bercerita kenapa aku tak tuliskan cerita - cerita aku ni dalam BLOG. Jadi sama ada keputusan aku ini bernas atau angan - angan mat jenin, tunggu dan lihat. hahaha
Jadi, kalau kamu semua sudi membaca dan memberi pandangan dalam blog nie...silakan...nak kutuk pun boleh, aku cuba mengamalkan sikap keterbukaan dalam berbicara mengenai sesuatu perkara.
" biarlah rasa rindu ini, kita tunda tuk sementara" BIP
Subscribe to:
Posts (Atom)